Berita Berita
Warga emas didenda RM2,500 kerana cubit pipi wanita

PARIT 22 Sept. – Seorang warga emas dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mencubit pipi seorang wanita di sebuah kedai runcit, awal bulan ini.
Majistret Nurul Izalina Rajaai turut memerintahkan tertuduh, Samsuri Kamaruddin, 63, menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Dalam prosiding itu, beliau menasihatkan tertuduh agar menjaga batas pergaulan termasuk dengan individu dikenali.
“Dengan sesiapa pun, kalau bukan mahram, tidak perlu sentuh pipi atau tangan. Perbuatan kamu bukan saja menjatuhkan maruah mangsa tetapi juga ahli keluarga kamu,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Samsuri didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 23 tahun dengan niat mencabul kehormatannya pada jam 4 petang, 5 September lalu di Simpang 4 Bota Kanan, Perak Tengah.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh menyentuh pipi kiri mangsa dua kali semasa wanita itu membuat kira-kira di kaunter bayaran. Walaupun dimarahi, warga emas itu tetap bertindak mencubit pipinya sehingga menyebabkan mangsa trauma dan takut untuk bekerja.
Peguam bela, Nurul Syuhada Mohd Yusof merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya tidak bekerja, menanggung dua anak dan isterinya yang menghidap penyakit jantung.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri.
Tertuduh kemudian membayar denda yang ditetapkan. – Media Telus
Berita berkaitan
September 22, 2025, 9:40 pm
Tambang RM60 jadi RM800, insiden 'ulat teksi' tipu pelancong asing cemar imej negara - Anthony Loke
September 22, 2025, 9:26 pm
'Mangsa rogol tak boleh dihukum bersama pelaku' – Guan Eng desak Ketua Polis Kelantan mohon maaf
September 22, 2025, 5:37 pm
Subsidi BUDI95: Tak perlu risau, kerajaan tanggung kos tukar cip MyKad rosak
September 22, 2025, 5:12 pm
Dua polis dipenjara, denda terima rasuah RM800 daripada polis lain sebagai habuan tak lapor kesalahan khalwat
September 22, 2025, 4:56 pm
Pendakwa Raya dakwa mahkamah terkhilaf lepaskan Syed Saddiq, kemuka 28 alasan
September 22, 2025, 4:33 pm
Lelaki ditahan selepas video gangguan seksual di kedai mainan tular
September 22, 2025, 4:20 pm
JPJ saman 48 pemandu 'tak sabar' guna lorong kecemasan di Seremban
September 22, 2025, 4:19 pm
PDRM hargai pelaksanaan Budi95, anggap bukti keprihatinan kerajaan
September 22, 2025, 4:01 pm