Berita Berita
PDRM hargai pelaksanaan Budi95, anggap bukti keprihatinan kerajaan

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 menerusi Program Budi MADANI RON95 (Budi95) bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup rakyat, malah turut memperkukuh kesejahteraan sosial dan kestabilan negara.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, langkah strategik itu membuktikan kesungguhan kerajaan memastikan bantuan disalurkan secara adil dan berkesan kepada golongan sasar.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas pelaksanaan Budi95 yang mula berkuat kuasa pada 27 September lalu bagi warga PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Sebagai institusi penguatkuasaan undang-undang yang mendukung aspirasi Malaysia MADANI, PDRM melihat inisiatif murni ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.
“Pengurangan beban kos bahan api dapat meningkatkan motivasi dan daya tahan anggota dalam melaksanakan amanah demi menjamin ketenteraman serta keselamatan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Khalid turut memuji pendekatan inovatif penggunaan MyKad di stesen minyak sebagai mekanisme pengesahan kelayakan, selaras dengan usaha pendigitalan negara.
“Ini manifestasi kerajaan dalam mengoptimumkan teknologi bagi memastikan tadbir urus subsidi yang telus, cekap dan lestari.
“PDRM komited untuk terus berganding bahu bersama kerajaan dalam menjayakan agenda nasional, memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara dan mengangkat martabat Malaysia di persada dunia,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga pam petrol RON95 ditetapkan pada kadar RM1.99 seliter bermula 30 September ini bagi warganegara.
Bagi bukan warganegara, harga tanpa subsidi dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
Anwar turut menjelaskan, semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing diberikan pengecualian serta boleh memohon kuota tambahan. - Media Telus
Berita berkaitan
September 22, 2025, 9:40 pm
Tambang RM60 jadi RM800, insiden 'ulat teksi' tipu pelancong asing cemar imej negara - Anthony Loke
September 22, 2025, 9:26 pm
'Mangsa rogol tak boleh dihukum bersama pelaku' – Guan Eng desak Ketua Polis Kelantan mohon maaf
September 22, 2025, 5:37 pm
Subsidi BUDI95: Tak perlu risau, kerajaan tanggung kos tukar cip MyKad rosak
September 22, 2025, 5:12 pm
Dua polis dipenjara, denda terima rasuah RM800 daripada polis lain sebagai habuan tak lapor kesalahan khalwat
September 22, 2025, 4:56 pm
Pendakwa Raya dakwa mahkamah terkhilaf lepaskan Syed Saddiq, kemuka 28 alasan
September 22, 2025, 4:33 pm
Lelaki ditahan selepas video gangguan seksual di kedai mainan tular
September 22, 2025, 4:20 pm
JPJ saman 48 pemandu 'tak sabar' guna lorong kecemasan di Seremban
September 22, 2025, 4:11 pm
Warga emas didenda RM2,500 kerana cubit pipi wanita
September 22, 2025, 4:01 pm