TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Selepas UK, SPRM siasat harta Tun M di Switzerland pula

By
|
Kongsi
image

CYBERJAYA 24 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset luar negara yang disyaki dimiliki bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini diperluas ke Switzerland selepas United Kingdom (UK).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kedua-dua negara berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“SPRM masih menjalinkan kolaborasi dengan pihak berkuasa di United Kingdom, antaranya International Anti-Corruption Coordination Centre (IAQCC) yang kini membantu sekiranya terdapat sebarang aset melibatkan beliau.

“Setakat ini, masih belum ada sebarang perkembangan baharu daripada siasatan tersebut. Selain United Kingdom, SPRM turut bekerjasama dengan pihak berkuasa di Switzerland,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-8 Persatuan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) di sini, hari ini.

Pada April 2024, Azam dilaporkan berkata bekas Perdana Menteri itu antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Susulan siasatan tersebut, dua anak beliau diberikan notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 untuk mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh ditetapkan.

Pada 21 Januari lalu, dilaporkan pengisytiharan harta kepada SPRM mendapati Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion, manakala Mirzan Mahathir sebanyak RM246.2 juta.

 

+ - reset