TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Datuk 73 tahun mengaku tidak bersalah rogol cucu 10 tahun

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 26 Sept. – Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat, atas tiga pertuduhan merogol cucu kandung perempuannya yang ketika kejadian berusia 10 tahun, antara tahun 2020 hingga 2021.

Pengakuan itu dibuat tertuduh di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, kejadian pertama berlaku antara 22 Jun hingga 29 Julai 2020 di sebuah rumah kedai di Putra Point, Bandar Baru Nilai, sekitar jam 2.30 hingga 3 petang.

Dua lagi kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Desa Cempaka, Nilai, antara November 2020 hingga Januari 2021, sekitar jam 7 hingga 10 malam.

Kesalahan itu dituduh di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan. - Media Telus

+ - reset