Berita Berita
MINDEF, Menteri Pertahanan setuju henti keluar kenyataan kes kematian pelatih PALAPES UTM hingga siasatan selesai

SHAH ALAM 26 Sept – Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Menteri Pertahanan bersetuju untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin, sehingga siasatan kes selesai dijalankan.
Komitmen itu dimaklumkan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas pihak pemohon menerima surat aku janji daripada responden susulan notis usul difailkan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45.
Peguam Naran Singh yang mewakili Ummu Haiman berkata, pihaknya menerima salinan surat berkenaan pagi ini daripada Peguam Kanan Persekutuan Roziza Sidek, yang mewakili responden.
"Kami mohon perenggan ketiga direkodkan iaitu Menteri Pertahanan dan MINDEF memberi satu aku janji bahawa tiada kenyataan lanjut berhubung siasatan kes ini akan dikeluarkan melalui mana-mana media sehingga ia selesai.
“Dengan itu, kami menarik balik larangan sementara yang dikeluarkan mahkamah pada 18 September lalu kerana surat aku janji sudah diterima,” katanya pada prosiding.
Hakim Adlin Abdul Majid kemudian merekodkan surat bertarikh 24 September itu yang dikeluarkan MINDEF dan mengesahkan penerimaannya oleh mahkamah.
Sebelum ini, Ummu Haiman memohon agar responden tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu perjalanan siasatan, termasuk laporan bedah siasat kedua mengenai kematian anaknya.
Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilaporkan berkata dapatan jawatankuasa siasatan yang turut membabitkan beberapa kementerian mendapati tiada unsur penderaan dalam kematian Syamsul Haris.
Kubur Allahyarham digali semula pada 29 Ogos bagi tujuan bedah siasat kedua selepas perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam dikeluarkan pada 26 Ogos.
Syamsul Haris, 22, meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi, Johor selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih.
Berita berkaitan
September 26, 2025, 10:14 pm
Israel ugut serang, tahan sukarelawan misi Global Sumud Flotilla
September 26, 2025, 10:01 pm
Budak 12 tahun cedera perut tertusuk besi pengayuh basikal di Baling
September 26, 2025, 9:00 pm
Beberapa bot tarik diri, misi GSF ke Gaza terpaksa dirombak
September 26, 2025, 8:30 pm
Anwar janji umum sesuatu yang baik untuk Sabah pada Belanjawan 2026
September 26, 2025, 7:19 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri
September 26, 2025, 2:31 pm
TMJ kongsi dakwaan wujud sabotaj kebangkitan Harimau Malaya
September 26, 2025, 2:23 pm