TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 26 Sept. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan tujuh negeri iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga jam 9 malam ini.

Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Hulu Perak di Perak; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang di Kelantan.

Di Terengganu pula, kawasan yang terlibat ialah Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Sementara itu, di Pahang membabitkan Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin.

Amaran turut dikeluarkan untuk Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan; Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor serta Serian di Sarawak. - Media Telus

+ - reset