Berita Berita
'Kamu menterikah, kamu Tan Sri kah, kalau salah masuk penjara' - Anwar arah SPRM siasat rasuah tanpa campur tangan

KOTA KINABALU 26 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku rasuah dan menekankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Beliau berkata tindakan itu wajib diambil sekiranya wujud bukti, tanpa mengira pangkat atau kedudukan individu yang dikaitkan termasuk menteri, pemimpin negeri atau wakil rakyat.
"Kalau ada bukti rasuah SPRM mesti ambil tindakan, kamu Tan Sri kah, kamu menterikah, di Semenanjungkah atau di Sabah, kamu ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), kalau ada kes, SPRM masuk (siasat), kalau salah hukum penjara.
"Tapi ada orang kata ini ada orang yang tak masuk. Ini bukan kerja saya, saya bukan siasat, saya bukan hakim, kita kena ikut peraturan, walaupun orang ini tak masuk, dia dah siasat.
"Kalau ada (campur tangan) itu namanya diktator," kata Anwar ketika berucap pada Himpunan Tamu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi PKR di Dewan Pisompuruan Kampung Kobuni, di sini, hari ini.
Perdana Menteri yang tiba kira-kira jam 3.30 petang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan pemimpin PKR Sabah turut mengulas dakwaan rasuah melibatkan seorang pemimpin Sabah baru-baru ini, bagaimanapun beliau tidak menyebut nama individu tersebut.
"Ada berita seorang pemimpin Sabah baru-baru ini, ada berita baharu, terus SPRM jawab kita akan siasat. Ini cara kita," katanya.
Terdahulu, satu portal berita mendedahkan rakaman perbualan seorang ahli perniagaan dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey, berhubung dakwaan unsur rasuah dalam isu permohonan lesen cari gali mineral. Dr Jeffrey disahkan dipanggil SPRM dipercayai untuk memberi keterangan, menurut kenyataan Setiausaha Politik Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Anuar Ghani, yang memaklumkan Jeffrey memberi keterangan lebih lima jam bermula jam 5.30 petang hingga 11 malam semalam.
Anwar turut menegaskan kejayaan tindakan SPRM selama ini, yang menurutnya berjaya merampas kembali berbilion ringgit hasil salah guna wang awam. Beliau berkata tindakan itu penting bagi memulihkan hak rakyat.
"Berbilion ringgit wang yang dicuri dari rakyat, kita dapat ambil semula, kita cari jalan ambil balik, sebab itu saya beritahu, dulu saya ditangkap, kena pukul dan dipenjara, tapi sekarang saya sudah jadi Perdana Menteri, saya maafkan.
"Saya dimalu, ditelanjangkan oklah saya maafkan, tapi ambil wang rakyat saya tak ada kuasa maafkan, saya nak rampas balik wang itu bagi balik kepada rakyat. Ia bukan wang saya, ia adalah wang rakyat, wang negara," katanya.
Berita berkaitan
September 26, 2025, 10:14 pm
Israel ugut serang, tahan sukarelawan misi Global Sumud Flotilla
September 26, 2025, 10:01 pm
Budak 12 tahun cedera perut tertusuk besi pengayuh basikal di Baling
September 26, 2025, 9:00 pm
Beberapa bot tarik diri, misi GSF ke Gaza terpaksa dirombak
September 26, 2025, 8:30 pm
Anwar janji umum sesuatu yang baik untuk Sabah pada Belanjawan 2026
September 26, 2025, 7:19 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri
September 26, 2025, 2:31 pm
TMJ kongsi dakwaan wujud sabotaj kebangkitan Harimau Malaya
September 26, 2025, 2:23 pm