Berita Berita
Rider delivery maut motosikal terbabas ke dalam longkang

MELAKA 7 Okt – Seorang penunggang p-hailing maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang dalam kemalangan di Jalan Sungai Udang–Tangga Batu, di sini petang Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Azli Syah Mohd Sobri, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah, manakala pemboncengnya, Muhammad Shafiq Sahadan, 26, cedera di bahagian kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda RSX dan sebuah van Ford Econovan yang dipandu seorang pesara tentera berusia 66 tahun.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah sama dari Sungai Udang menuju ke Tangga Batu.
“Setiba di lokasi, pemandu van memperlahankan kenderaan untuk membelok ke kiri menuju ke Medan Niaga Sungai Udang.
“Motosikal yang datang dari belakang cuba memotong dari sebelah kiri sebelum terbabas ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, akibat impak kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng yang juga pekerja p-hailing dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
October 7, 2025, 3:46 pm
Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara di Axiata Arena esok
October 7, 2025, 3:39 pm
MP PN gesa Tiong King Sing mohon maaf, letak jawatan isu hidangan arak
October 7, 2025, 3:32 pm
23 aktivis misi Global Sumud Flotilla tiba di tanah air malam ini
October 7, 2025, 3:28 pm
Lebih 31,000 rakyat baharu layak terima subsidi BUDI95 – MoF
October 7, 2025, 3:21 pm
Kakitangan FAM tersilap muat naik dokumen pemain warisan – FAM
October 7, 2025, 1:33 pm
KKM bentang cadangan haramkan sepenuhnya vape tahun ini
October 7, 2025, 1:19 pm
Anwar beri amaran keras kepada MOTAC isu hidang arak di majlis rasmi
October 7, 2025, 1:10 pm