TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

23 aktivis misi Global Sumud Flotilla tiba di tanah air malam ini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 Okt – Seramai 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dijangka tiba di tanah air sekitar jam 10 malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau Nadir Al-Nuri memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook, sambil menyeru rakyat Malaysia untuk terus bersolidariti bersama perjuangan rakyat Palestin.

“Malam ini, Selasa jam 10 malam kami akan sampai ke tanah air insya-Allah. Malam esok, Rabu kita bersolidariti sekali lagi di Axiata Arena jam 6 petang. Ini bukan tentang kami, ia tentang mereka (rakyat Palestin),” katanya.

Difahamkan, ‘Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara Bersama Palestin’ akan diadakan esok di Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 6 petang dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri sebelum ini menyifatkan para sukarelawan GSF sebagai lambang keberanian rakyat Malaysia yang memperjuangkan nilai kemanusiaan sejagat dan mengumumkan hasrat menganjurkan himpunan khas bagi meraikan kepulangan mereka.

Terdahulu, 23 aktivis tersebut ditahan tentera Zionis selepas kapal mereka dipintas di perairan Zon Merah Laut Mediterranean sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel. Mereka kemudiannya dibebaskan dan berlepas dari Israel pada Sabtu, sebelum transit di Istanbul, Turkiye.

Antara yang terbabit ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah, pempengaruh Ardell Aryana, PU Rahmat, serta beberapa aktivis lain yang menaiki sembilan kapal berbeza dalam misi kemanusiaan tersebut.

+ - reset