TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara di Axiata Arena esok

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara akan diadakan esok di Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai tanda sokongan dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Menerusi poster yang tular di media sosial, himpunan berkenaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijadual bermula pada jam 6 petang dengan acara kemuncak sekitar jam 8 malam.

Majlis tersebut turut dijangka menampilkan 23 wira dan wirawati negara yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bagi berkongsi pengalaman mereka ketika berdepan detik getir bersama aktivis antarabangsa di perairan Gaza.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan merancang untuk menganjurkan himpunan khas bagi meraikan kepulangan sukarelawan GSF yang disifatkannya sebagai lambang keberanian rakyat Malaysia menjunjung nilai kemanusiaan tanpa mengenal sempadan.

Anwar turut menegaskan penganjuran himpunan ini sebagai usaha berterusan menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama warga Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis.

+ - reset