Berita Berita
Lebih 31,000 rakyat baharu layak terima subsidi BUDI95 – MoF

PUTRAJAYA 7 Okt – Kerajaan mengumumkan peluasan kelayakan sistem subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada tiga kumpulan baharu melibatkan lebih 31,000 rakyat di seluruh negara.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan bahawa peluasan itu melibatkan lebih 17,900 nelayan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, lebih 4,300 pemilik bot persendirian berdaftar dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, serta lebih 9,700 pemegang lesen memandu baharu yang direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Dengan peluasan ini, mereka kini sebahagian daripada lebih 16 juta rakyat yang menikmati harga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi,” menurut kenyataan itu.
MoF turut memaklumkan pihaknya sedang memuktamadkan data tambahan melibatkan pengguna bot tanpa lesen memandu di negeri lain, khususnya Sabah dan Sarawak.
Pada masa sama, perbincangan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan syarikat e-hailing sedang diselaras bagi mempertimbangkan penambahan siling kelayakan melebihi 300 liter sebulan kepada pemandu sepenuh masa, bagi memastikan pendapatan mereka tidak terjejas.
“Kerajaan Madani kekal komited memastikan program subsidi bersasar ini berjalan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” kata MoF sambil menambah pemantauan dan penambahbaikan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.
Berita berkaitan
October 7, 2025, 3:46 pm
Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara di Axiata Arena esok
October 7, 2025, 3:39 pm
MP PN gesa Tiong King Sing mohon maaf, letak jawatan isu hidangan arak
October 7, 2025, 3:32 pm
23 aktivis misi Global Sumud Flotilla tiba di tanah air malam ini
October 7, 2025, 3:21 pm
Kakitangan FAM tersilap muat naik dokumen pemain warisan – FAM
October 7, 2025, 1:33 pm
KKM bentang cadangan haramkan sepenuhnya vape tahun ini
October 7, 2025, 1:19 pm
Anwar beri amaran keras kepada MOTAC isu hidang arak di majlis rasmi
October 7, 2025, 1:10 pm
Tiada halangan daftar SUV sebagai e-hailing – Loke
October 7, 2025, 1:05 pm