TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kakitangan FAM tersilap muat naik dokumen pemain warisan – FAM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 Okt – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan bahawa kesilapan yang menyebabkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berpunca daripada ralat pentadbiran.

Menurut FAM, seorang kakitangan telah tersilap memuat naik dokumen daripada ejen pemain dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Badan induk itu menegaskan ralat tersebut adalah kesilapan teknikal semasa proses penyerahan dokumen tujuh pemain berkenaan pada 28 September lalu.

FAM turut menolak dakwaan dalam laporan penuh FIFA yang menyebut pemain terbabit mengetahui atau terlibat dalam penggunaan dokumen palsu. Menurut kenyataan itu, tuduhan tersebut tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan.

“Rayuan rasmi kini sedang disediakan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia. FAM kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta dan dokumen sahih,” jelas kenyataan itu.

Antara tujuh pemain warisan yang digantung ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.

+ - reset