TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas ditahan beli nombor ekor, mengaku berjudi lebih 40 tahun

By
|
Kongsi
image

KOTA TINGGI 9 Okt.– Seorang warga emas berusia 75 tahun ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika sedang membeli nombor ekor di kawasan bandar di sini, petang semalam.

Jurucakap JAINJ berkata, lelaki itu mengaku sudah terlibat dalam aktiviti perjudian lebih 40 tahun dan masih “mencuba nasib” walaupun hidup dengan kewangan terhad.

“Dia tinggal seorang diri di rumah kampung, tidak bekerja dan hanya menerima bantuan kerajaan RM600 sebulan. Lelaki itu juga pernah berkahwin tetapi telah berpisah puluhan tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, warga emas itu mengaku membeli nombor ekor setiap bulan berdasarkan mimpi walaupun sedar perbuatan itu haram.

Ketika ditahan, dia membeli nombor ekor bernilai RM8 di sebuah kedai. Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Johor, yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

+ - reset