Berita Berita
Pekerja kilang maut tersepit dalam mesin pengisar sawit

BELURAN 15 Okt. - Seorang pekerja kilang maut selepas separuh badannya tersepit dalam mesin pengisar conveyor ketika sedang membaiki alat tersebut di sebuah kilang minyak kelapa sawit di sini, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa lelaki berusia 32 tahun dilaporkan terperangkap separuh badan termasuk bahagian kaki dalam mesin berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.20 pagi sebelum tujuh anggota bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 98 kilometer dari BBP Beluran.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati separuh badan mangsa iaitu bahagian kakinya termasuk ke dalam mesin pengisar tersebut.
Menurut saksi, mangsa difahamkan cuba mencungkil objek yang tersangkut di dalam mesin itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.
Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pekerja kilang dengan bantuan pegawai polis yang berada di tempat kejadian.
Pasukan bomba kemudian membantu mengangkat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Beluran.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.32 pagi,” katanya.
Berita berkaitan
October 15, 2025, 9:28 pm
Pejabat DUN Sijangkang runtuh akibat ribut, wanita cedera terperangkap setengah jam
October 15, 2025, 8:21 pm
Gagal bayar hutang lebih RM1 juta, barangan mewah Datuk Seri Vida dilelong 30 Oktober ini
October 15, 2025, 6:46 pm
Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan Lembah Klang, TNB sahkan gangguan sedang dibaiki
October 15, 2025, 6:08 pm
'Saya tak sangka dia yang pendiam mampu melakukan keganasan' - Bapa suspek
October 15, 2025, 4:59 pm
Tekanan emosi, pengaruh media sosial punca remaja tikam rakan sekolah - Polis
October 15, 2025, 4:02 pm
Rayer jemput Wan Ahmad Fayhsal sertai blok kerajaan selepas digantung Bersatu
October 15, 2025, 3:58 pm
Pemandu bas dipenjara 66 tahun, 22 sebatan amang seksual 5 pelajar perempuan dalam bas
October 15, 2025, 3:45 pm