Berita Berita
Pemegang lesen memandu Singapura layak mohon subsidi BUDI95 mulai esok - Loke

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Bermula esok, rakyat Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Singapura (LMS) boleh mengemukakan permohonan subsidi bersasar di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan laman web khas di www.BUDI95lesenSG.jpj.gov bagi membolehkan warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura mendaftar bagi permohonan subsidi berkenaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata langkah itu diambil selepas kerajaan menerima maklum balas daripada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, khususnya dalam sektor perkhidmatan seperti pemandu bas, pemandu perkhidmatan sokongan dan pekerja operasi.
Menurutnya, berdasarkan peraturan pelesenan kedua-dua negara, seseorang hanya dibenarkan memiliki satu lesen memandu sahaja, sama ada Malaysia atau Singapura.
“Warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura, terutama dalam sektor membabitkan tugas pemanduan, terpaksa melepaskan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk mendapatkan LMS, walaupun mereka masih menetap di Malaysia dan menggunakan kenderaan berdaftar di Malaysia,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Beliau menjelaskan, laman web khas itu akan membantu Kementerian Kewangan menilai permohonan daripada kumpulan berkenaan. Antara perkara yang dipertimbangkan ialah:
-
Pemohon ialah warganegara Malaysia;
-
LMS masih sah tempoh; dan
-
Status permit pekerjaan di Singapura.
Anthony turut memaklumkan, bagi rakyat Malaysia yang tidak lagi bekerja di Singapura atau tidak lagi perlu memegang LMS, mereka boleh memohon semula Lesen Memandu Malaysia (LMM) selepas membatalkan LMS di Singapura mengikut prosedur sedia ada.
“Permohonan mendapatkan semula LMM boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ berdekatan selepas disahkan tiada sekatan, penggantungan atau sabitan dikenakan terhadap LMS itu oleh pihak berkuasa Singapura,” jelasnya.
Pemohon boleh menyemak status kelayakan melalui laman web rasmi www.budi95.gov.my selepas 14 hari daripada tarikh penghantaran permohonan.
Anthony menambah, pertimbangan akhir permohonan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, berdasarkan semua syarat program subsidi BUDI95 yang ditetapkan.
“Kementerian berharap langkah ini dapat memudahkan urusan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura supaya turut mendapat pertimbangan sewajarnya dalam pelaksanaan program subsidi bahan api negara,” katanya.
Beliau menegaskan, peraturan yang menetapkan BUDI95 hanya untuk kenderaan berdaftar di Malaysia tetap dikekalkan.
Berita berkaitan
October 15, 2025, 9:28 pm
Pejabat DUN Sijangkang runtuh akibat ribut, wanita cedera terperangkap setengah jam
October 15, 2025, 8:21 pm
Gagal bayar hutang lebih RM1 juta, barangan mewah Datuk Seri Vida dilelong 30 Oktober ini
October 15, 2025, 6:46 pm
Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan Lembah Klang, TNB sahkan gangguan sedang dibaiki
October 15, 2025, 6:08 pm
'Saya tak sangka dia yang pendiam mampu melakukan keganasan' - Bapa suspek
October 15, 2025, 4:59 pm
Tekanan emosi, pengaruh media sosial punca remaja tikam rakan sekolah - Polis
October 15, 2025, 4:02 pm
Rayer jemput Wan Ahmad Fayhsal sertai blok kerajaan selepas digantung Bersatu
October 15, 2025, 3:58 pm
Pemandu bas dipenjara 66 tahun, 22 sebatan amang seksual 5 pelajar perempuan dalam bas
October 15, 2025, 3:38 pm