Berita Berita
Tekanan emosi, pengaruh media sosial punca remaja tikam rakan sekolah - Polis

SHAH ALAM 15 Okt - Tekanan emosi dan pengaruh media sosial dipercayai antara faktor yang mendorong seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak menikam hingga maut rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata hasil siasatan awal mendapati suspek dan mangsa tidak mempunyai sebarang hubungan atau interaksi sebelum kejadian.
“Faktor dorongan emosi dan pengaruh media sosial dikenal pasti antara punca tindakan suspek bertindak menikam mangsa.
Siasatan dijalankan bagi menentukan platform media sosial yang kerap digunakan suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Menurut beliau, hasil semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod disiplin di sekolah.
“Pada waktu ini, kita tidak dapat mengesahkan keadaan mental suspek. Namun semasa siasatan dijalankan, pemeriksaan lanjut akan dilakukan.
Tidak adil untuk mengatakan suspek mengalami tekanan mental kerana kita akan merujuk kepada pakar psikiatri bagi mendapatkan laporan keadaan mentalnya. Tapi mungkin ada emosi yang tidak stabil pada suspek ketika kejadian,” jelasnya.
Shazeli turut memaklumkan, keputusan ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang pengambilan dadah.
Katanya, siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh termasuk rakaman keterangan saksi dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Sehingga kini, sebanyak 57 rakaman percakapan sudah direkodkan membabitkan pelajar, guru, ahli keluarga serta wakil kaunseling sekolah,” katanya.
Berita berkaitan
October 15, 2025, 9:28 pm
Pejabat DUN Sijangkang runtuh akibat ribut, wanita cedera terperangkap setengah jam
October 15, 2025, 8:21 pm
Gagal bayar hutang lebih RM1 juta, barangan mewah Datuk Seri Vida dilelong 30 Oktober ini
October 15, 2025, 6:46 pm
Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan Lembah Klang, TNB sahkan gangguan sedang dibaiki
October 15, 2025, 6:08 pm
'Saya tak sangka dia yang pendiam mampu melakukan keganasan' - Bapa suspek
October 15, 2025, 4:02 pm
Rayer jemput Wan Ahmad Fayhsal sertai blok kerajaan selepas digantung Bersatu
October 15, 2025, 3:58 pm
Pemandu bas dipenjara 66 tahun, 22 sebatan amang seksual 5 pelajar perempuan dalam bas
October 15, 2025, 3:45 pm
Pemegang lesen memandu Singapura layak mohon subsidi BUDI95 mulai esok - Loke
October 15, 2025, 3:38 pm