Berita Berita
Pejabat DUN Sijangkang runtuh akibat ribut, wanita cedera terperangkap setengah jam

KUALA LANGAT 15 Okt - Seorang wanita berusia 51 tahun cedera di bahagian pinggang dan paha selepas terperangkap hampir setengah jam di bawah runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Telok Panglima Garang, berikutan kejadian ribut petang tadi.
Dalam insiden sama, kira-kira sembilan murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) turut cedera ringan apabila surau dan bangunan kelas berhampiran turut runtuh akibat tiupan angin kencang.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Sri Andalas bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.24 petang.
“Bomba tiba kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati runtuhan melibatkan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang.
“Terdapat seorang wanita terperangkap di bawah runtuhan dan berjaya dibawa keluar pada pukul 5.05 petang. Mangsa yang cedera pada bahagian pinggang dan paha telah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan,” katanya hari ini.
Ahmad Mukhlis turut memaklumkan bahawa runtuhan turut melibatkan sebuah surau KAFA serta bangunan kelasberhampiran.
“Terdapat kira-kira tujuh hingga sembilan murid KAFA mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa sedang dirawat oleh petugas KKM yang berada di lokasi,” katanya.
Berita berkaitan
October 15, 2025, 8:21 pm
Gagal bayar hutang lebih RM1 juta, barangan mewah Datuk Seri Vida dilelong 30 Oktober ini
October 15, 2025, 6:46 pm
Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan Lembah Klang, TNB sahkan gangguan sedang dibaiki
October 15, 2025, 6:08 pm
'Saya tak sangka dia yang pendiam mampu melakukan keganasan' - Bapa suspek
October 15, 2025, 4:59 pm
Tekanan emosi, pengaruh media sosial punca remaja tikam rakan sekolah - Polis
October 15, 2025, 4:02 pm
Rayer jemput Wan Ahmad Fayhsal sertai blok kerajaan selepas digantung Bersatu
October 15, 2025, 3:58 pm
Pemandu bas dipenjara 66 tahun, 22 sebatan amang seksual 5 pelajar perempuan dalam bas
October 15, 2025, 3:45 pm
Pemegang lesen memandu Singapura layak mohon subsidi BUDI95 mulai esok - Loke
October 15, 2025, 3:38 pm