Berita Berita
Rayer jemput Wan Ahmad Fayhsal sertai blok kerajaan selepas digantung Bersatu

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, mempelawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, untuk menyertai blok kerajaan susulan penggantungan keahliannya oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketika mencelah perbahasan Belanjawan 2026 oleh Wan Ahmad Fayhsal di Dewan Rakyat hari ini, Rayer meluahkan rasa simpati dan kecewa terhadap nasib yang menimpa Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Bersatu itu.
Beliau menyifatkan Wan Ahmad Fayhsal sebagai ahli Parlimen muda berbakat besar yang sentiasa mengemukakan hujah bernas dan berasas ketika berbahas di Dewan Rakyat.
“Apa sebabnya Yang Berhormat Machang kena gantung... dan dalam perbahasan hari ini, tidak ada seorang pun ahli Parlimen Bersatu hadir mendengar perbahasan Machang, tetapi saya hadir.
“Saya bukan mahu berlawak, ini serius… apakah ada sesuatu yang tidak kena berlaku?
“Saya rasa tidak adil apa yang berlaku kepada Machang. Saya sokong beliau, dan kalau ada perkembangan baharu nanti, dijemput datang ke belah sini (blok kerajaan),” katanya.
Menjawab pelawaan itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau tidak mengetahui sebab sebenar digantung daripada parti dan mencadangkan agar perkara itu dirujuk kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Itu kena tanya kepada Pagoh (Muhyiddin) nanti kalau dia masuk (Dewan Rakyat),” katanya.
Bagaimanapun, beliau menghargai pelawaan Rayer namun menegaskan komitmennya kekal bersama Perikatan Nasional (PN), selain tidak akan mengkhianati kepercayaan pengundi Machang dan rakyat Kelantan.
Semalam, Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal selama satu penggal, manakala Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dipecat berhubung isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti itu.
Turut dipecat empat Ketua Bahagian Bersatu — Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).
Namun, kedudukan Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal sebagai ahli Parlimen tidak terjejas, kerana pemecatan keahlian parti tidak tertakluk kepada peruntukan undang-undang bertukar parti di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Berita berkaitan
October 15, 2025, 9:28 pm
Pejabat DUN Sijangkang runtuh akibat ribut, wanita cedera terperangkap setengah jam
October 15, 2025, 8:21 pm
Gagal bayar hutang lebih RM1 juta, barangan mewah Datuk Seri Vida dilelong 30 Oktober ini
October 15, 2025, 6:46 pm
Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan Lembah Klang, TNB sahkan gangguan sedang dibaiki
October 15, 2025, 6:08 pm
'Saya tak sangka dia yang pendiam mampu melakukan keganasan' - Bapa suspek
October 15, 2025, 4:59 pm
Tekanan emosi, pengaruh media sosial punca remaja tikam rakan sekolah - Polis
October 15, 2025, 3:58 pm
Pemandu bas dipenjara 66 tahun, 22 sebatan amang seksual 5 pelajar perempuan dalam bas
October 15, 2025, 3:45 pm
Pemegang lesen memandu Singapura layak mohon subsidi BUDI95 mulai esok - Loke
October 15, 2025, 3:38 pm