TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gagal bayar hutang lebih RM1 juta, barangan mewah Datuk Seri Vida dilelong 30 Oktober ini

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 15 Okt - Proses lelongan melibatkan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida, akhirnya akan dijalankan pada 30 Oktober ini, selepas hampir setahun tertangguh sejak Disember tahun lalu.

Menurut notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini, jualan tersebut dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd, terhadap Vida susulan kegagalannya melunaskan bayaran tertunggak kepada syarikat berkenaan.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas Vida gagal menyelesaikan jumlah sebenar hutangnya serta tidak mencapai sebarang persetujuan penyelesaian dengan pihak syarikat subkontraktor tersebut.

Permohonan Vida untuk menangguhkan proses lelongan selama hampir setahun — atas alasan barangan yang disita merupakan barangan pinjaman — turut ditolak oleh mahkamah selepas beliau gagal mengemukakan bukti kukuh bagi menyokong dakwaannya.

Proses penyitaan terhadap Vida dilakukan pada 25 November tahun lalu di banglo mewahnya di Ipoh dan berlangsung selama lima jam.

Dalam operasi itu, sebanyak 727 barangan termasuk empat buah kereta disita selepas Vida gagal menjelaskan baki tunggakan lebih RM1 juta kepada AH Design Communication berkaitan projek pembinaan yang dijalankan pada tahun 2018.

Antara barangan yang disenaraikan untuk dilelong termasuk pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk dan beberapa peralatan rumah lain.

Proses lelongan tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 9 Disember tahun lalu, namun ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan penangguhan yang dikemukakan Vida.

 

+ - reset