Berita Berita
Usus mangsa dan kandungan 18 minggu terkeluar, pemuda dihukum gantung sampai mati akibat bunuh, bakar kekasih hamil di Sabak Bernam

KLANG 15 Okt - Seorang pemuda berusia 22 tahun menerima hukuman paling berat apabila Mahkamah Tinggi di sini, pada Rabu, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas dia mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya yang sedang hamil dua tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Norazlin Othman terhadap tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, selepas beliau mengekalkan pengakuan bersalahnya di mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakrul didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara jam 8.30 malam, 22 Mei dan 8 pagi, 23 Mei 2023.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
Dalam penghakimannya, Norazlin berkata mahkamah berpuas hati bahawa pengakuan tertuduh dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan, selain mengakui semua fakta kes dan eksibit yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah benar.
Menurut beliau, tindakan tertuduh disifatkan sebagai “kejam” dan bukti menunjukkan jenayah itu dilakukan secara terancang, bukan spontan.
“Dalam kes ini, bukan sekadar satu nyawa terkorban iaitu si mati tetapi juga anak yang dikandungnya selama 18 minggu... dalam kes ini, hasil bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kesan bakar yang meliputi hampir seluruh tubuh.
“Lebih sadis lagi, di bahagian perut terdapat usus dan kandungan yang terkeluar… si mati juga mengalami kesan-kesan luka tikam dan hiris di abdomen serta tapak tangan.
“Tertuduh juga dikatakan telah memukul kepala si mati menggunakan kayu sehingga jatuh serta mengheretnya ke tepi parit dan mengambil pisau di kereta lantas menikam perut dan menghiris leher si mati,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli, turut mengemukakan 112 eksibit kepada mahkamah termasuk imej ultrabunyi kandungan, pisau, sebatang kayu serta pakaian mangsa.
Beliau menegaskan kes itu sangat serius kerana melibatkan kehilangan dua nyawa, termasuk janin dalam kandungan mangsa.
“Cara mangsa meninggal dunia terlalu kejam dan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa… tertuduh mempunyai perancangan untuk melakukan jenayah berkenaan dan kesalahan ini melibatkan faktor kepentingan awam dan perlu menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.
Sementara itu, peguam bela Muhammad Nor Tamrin dalam rayuan mitigasi berkata anak guamnya telah dijadikan kambing hitam selepas laporan DNA Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan janin berusia 18 minggu itu bukan milik Muhammad Fakrul.
Beliau menambah bahawa tertuduh turut berdepan tekanan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya suami kepada sepupu mangsa dan telah menggugut tertuduh untuk bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut.
“Tertuduh merupakan seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan juga disiplin serta menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan gred keputusan peperiksaan terakhirnya ialah 3.80,” katanya.
Sehubungan itu, peguam bela memohon agar mahkamah mempertimbangkan hukuman minimum dengan mengambil kira pengakuan bersalah yang dibuat sebelum perbicaraan bermula. — Bernama
Berita berkaitan
October 15, 2025, 9:28 pm
Pejabat DUN Sijangkang runtuh akibat ribut, wanita cedera terperangkap setengah jam
October 15, 2025, 8:21 pm
Gagal bayar hutang lebih RM1 juta, barangan mewah Datuk Seri Vida dilelong 30 Oktober ini
October 15, 2025, 6:46 pm
Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan Lembah Klang, TNB sahkan gangguan sedang dibaiki
October 15, 2025, 6:08 pm
'Saya tak sangka dia yang pendiam mampu melakukan keganasan' - Bapa suspek
October 15, 2025, 4:59 pm
Tekanan emosi, pengaruh media sosial punca remaja tikam rakan sekolah - Polis
October 15, 2025, 4:02 pm
Rayer jemput Wan Ahmad Fayhsal sertai blok kerajaan selepas digantung Bersatu
October 15, 2025, 3:58 pm
Pemandu bas dipenjara 66 tahun, 22 sebatan amang seksual 5 pelajar perempuan dalam bas
October 15, 2025, 3:45 pm
Pemegang lesen memandu Singapura layak mohon subsidi BUDI95 mulai esok - Loke
October 15, 2025, 3:38 pm