TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan Lembah Klang, TNB sahkan gangguan sedang dibaiki

By
|
Kongsi
image

 

 

PETALING JAYA 15 Okt - Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik petang ini, menyebabkan operasi di beberapa premis perniagaan dan pusat beli-belah terjejas sementara waktu.

Tinjauan di media sosial mendapati antara kawasan terlibat termasuk Seksyen 8 Petaling Jaya, Universiti Malaya, Bukit Damansara dan Mont Kiara.

Selain itu, beberapa pusat beli-belah utama seperti Mid Valley Megamall, Pavilion Damansara Heights dan Tun Razak Exchange (TRX) turut dilaporkan mengalami gangguan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan di Facebook mengesahkan berlaku gangguan bekalan di beberapa kawasan di Kepong dan Kuala Lumpur.

“Pasukan teknikal kami kini berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan bekalan. Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali,” kata TNB.

Setakat ini, punca sebenar gangguan masih dalam siasatan dan TNB memaklumkan usaha membaik pulih bekalan dijalankan dengan segera bagi memastikan bekalan elektrik dapat dipulihkan secepat mungkin.

 

+ - reset