Berita Berita
Agensi diarah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Semua agensi diminta bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda negara dalam masa terdekat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata luruan angin monsun telah mula melanda kawasan utara rantau ASEAN dan dijangka bergerak ke Semenanjung Malaysia, khususnya di pantai timur serta pantai barat Sarawak dan Sabah.
“Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tahun ini dijangka kesannya agak kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya, dan kita berharap begitu juga keadaannya.
“Walau bagaimanapun, kesiapsiagaan tetap penting kerana kita mahu menyelamatkan nyawa, dokumen penting dan harta benda,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian SME Ventures ASEAN 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, berkata kerajaan akan bekerjasama rapat dengan MetMalaysia bagi memastikan amaran awal dapat dikeluarkan dan pemindahan dilakukan sebelum paras air meningkat.
Berita berkaitan
October 16, 2025, 4:59 pm
Kes influenza di IPT masih terkawal – Mustapha
October 16, 2025, 4:49 pm
Kabinet bincang kes rogol dan tikam pelajar dalam mesyuarat esok
October 16, 2025, 4:35 pm
Murid perempuan cedera dipukul rakan sekolah di Sipitang
October 16, 2025, 4:30 pm
JPN Kedah siasat kes rogol dan video lucah melibatkan pelajar sekolah
October 16, 2025, 4:22 pm
Feri percuma sempena Deepavali pada 20 Oktober – SPPP
October 16, 2025, 4:02 pm
Polis siasat pengaruh permainan video, media sosial dalam kes bunuh pelajar di Bandar Utama
October 16, 2025, 2:21 pm
Dua calon SPM didakwa rogol pelajar Tingkatan Tiga dalam kelas, seorang mengaku bersalah
October 16, 2025, 12:13 pm