TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

16 individu termasuk pegawai bank ditahan SPRM terlibat rasuah pinjaman peribadi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Seramai 16 individu termasuk pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Sky pada Januari lalu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bersama sebuah syarikat perunding kewangan bagi meluluskan pinjaman peribadi pelanggan.

Menurut sumber SPRM, semua suspek akan didakwa secara berperingkat sepanjang Oktober ini.

“SPRM telah mendapat izin mendakwa individu-individu berkenaan secara berperingkat.
Di Mahkamah Kuala Lumpur, dua pegawai bank telah dituduh semalam manakala empat bekas pegawai bank pula didakwa hari ini,” katanya.

Pertuduhan turut dijadualkan dibuat di Mahkamah Sesyen Seremban, Shah Alam dan Kota Kinabalu.

Siasatan awal mendapati, mereka menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan yang dikemukakan oleh syarikat terbabit secara serentak sehingga pelanggan mempunyai pinjaman melebihi had kelayakan.

Kesemua suspek akan didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dengan jumlah keseluruhan 349 pertuduhan melibatkan nilai hampir RM2 juta.

+ - reset