TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Larangan penggunaan telefon pintar bagi pelajar 16 tahun ke bawah antara langkah tangani isu disiplin - Anwar

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 17 Okt - Jemaah Menteri hari ini bersetuju melaksanakan tiga langkah segera bagi menangani isu keselamatan di sekolah, termasuk kes buli dan jenayah yang semakin membimbangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah berkenaan meliputi peningkatan pemantauan keselamatan di sekolah, larangan penggunaan telefon pintar kepada pelajar berusia 16 tahun ke bawah, serta penambahbaikan kandungan pendidikan yang menekankan aspek nilai dan akhlak.

“Mesyuarat (Kabinet) hari ini menumpukan masa panjang terhadap isu pendidikan dan masalah disiplin pelajar yang membimbangkan ibu bapa serta masyarakat.

“Dalam hal seperti ini, kita tidak boleh ambil tindakan tergesa-gesa. Ia perlu diteliti, namun ada beberapa langkah yang boleh dilaksanakan segera,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, PPAM Seruling, Presint 5, di sini, hari ini.

 

+ - reset