Berita Berita
Setiausaha Agung FAM digantung serta-merta susulan siasatan FIFA

PETALING JAYA 17 Okt. – Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman digantung tugas serta-merta berkuat kuasa Jumaat susulan siasatan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung status tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Perkara itu disahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram dalam sidang media yang diadakan di Wisma FAM.
“Setiausaha Agung FAM digantung berkuat kuasa hari ini,” katanya ringkas.
Penggantungan itu dibuat selepas FIFA mengenakan tindakan tatatertib terhadap FAM dan tujuh pemain terbabit kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Menurut FIFA, FAM menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan tujuh pemain warisan untuk beraksi dalam perlawanan rasmi antarabangsa.
Tujuh pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Sebagai rekod, Noor Azman dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada 1 September 2022, menggantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar, dan disambung semula bagi penggal 2025–2029 pada Februari lalu.
Berita berkaitan
October 18, 2025, 3:56 pm
36 mangsa tragedi Putra Heights saman Petronas Gas, 4 pihak lain, Tommy Thomas dilantik peguam utama
October 18, 2025, 3:27 pm
Perpaduan dan kebersamaan teras kekuatan negara – Anwar
October 18, 2025, 2:47 pm
Malaysia jadi tuan tumah GSF 2025, beri tumpuan peranan sektor swasta pacu pembangunan tenaga kerja
October 18, 2025, 1:17 pm
102 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR dan WFH sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
October 18, 2025, 11:36 am
Tok siak ditahan disyaki pegang kemaluan remaja 15 tahun ketika tumpang kereta di Bukit Sentosa
October 18, 2025, 5:01 am
'Lebih baik kami ambil jalan masing-masing' - Rafizi tak nampak ruang untuk kembali ke pimpinan PKR
October 17, 2025, 7:33 pm
Bapa, dua anak antara enam dicekup punggah 509kg daun ketum di Kuantan
October 17, 2025, 7:18 pm
Pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 kolej kediaman
October 17, 2025, 4:05 pm