TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 kolej kediaman

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 17 Okt - Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga Kolej Kediaman Ke-13 universiti berkenaan, petang tadi.

UM dalam satu kenyataan mengesahkan kematian mahasiswa terbabit yang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Universiti Malaya dengan rasa dukacita yang amat mendalam mengesahkan bahawa mahasiswa yang terlibat dalam insiden di Kolej Kediaman pada hari ini telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM.

“Seluruh warga Universiti Malaya menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham. Pihak universiti melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga bagi membantu mereka menghadapi saat sukar ini,” menurut kenyataan itu.

UM memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa, dan pihak universiti memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.

Dalam masa sama, UM meminta semua pihak menghormati privasi keluarga mangsa serta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan insiden berkenaan.

“Universiti Malaya turut menyeru seluruh warga kampus agar bersama-sama mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham dan ketabahan keluarganya,” katanya.

+ - reset