Berita Berita
Anwar ingatkan sekolah jangan sembunyi kes buli dan salah laku pelajar

PUTRAJAYA 17 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengetua dan guru besar supaya tidak menyembunyikan sebarang kes buli, jenayah atau salah laku disiplin semata-mata untuk menjaga imej dan reputasi sekolah.
Beliau menegaskan, tindakan sedemikian hanya akan memburukkan keadaan dan boleh dianggap sebagai melindungi perbuatan jenayah.
“Antara punca masalah ini berlaku ialah salah faham atau keutamaan pihak pentadbir sekolah yang lebih cenderung melindungi imej sekolah berbanding menangani masalah sebenar.
"Kadang-kadang buli itu kecil, tetapi kalau dibiarkan boleh jadi besar. Saya sendiri dengar ada kes sebegitu ketika bertemu pelajar dan ibu bapa,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Presint 5, Putrajaya.
Anwar berkata, kerajaan tidak berniat menuduh mana-mana pihak, namun mahu meningkatkan kesedaran bersama agar tindakan sewajarnya dapat diambil dengan segera bagi mengelakkan kejadian lebih serius.
Beliau turut menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan supaya bertindak pantas terhadap kes melibatkan jenayah pelajar, termasuk yang tular di media sosial.
“Sekolah tidak boleh melindungi mana-mana kes, walaupun dianggap kecil. Jenayah tetap jenayah,” tegasnya.
Dalam masa sama, Anwar turut menasihatkan agar tugas guru dalam mendidik tidak disalah tafsir, sambil menegaskan disiplin pelajar perlu ditegakkan secara berhemah.
“Guru boleh menegur dan mendisiplinkan pelajar dalam batas munasabah, tetapi jangan sampai mencederakan.
Namun, kadang-kadang pihak tertentu terlalu liberal hingga langsung tidak membenarkan tindakan disiplin. Kita perlu ada keseimbangan dengan syarat-syarat yang ketat,” katanya.
Berita berkaitan
October 19, 2025, 9:13 am
Naib juara AF4, Lotter meninggal dunia akibat penyakit tiroid
October 19, 2025, 7:59 am
Ibu, anak ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Juru
October 18, 2025, 3:56 pm
36 mangsa tragedi Putra Heights saman Petronas Gas, 4 pihak lain, Tommy Thomas dilantik peguam utama
October 18, 2025, 3:27 pm
Perpaduan dan kebersamaan teras kekuatan negara – Anwar
October 18, 2025, 2:47 pm
Malaysia jadi tuan tumah GSF 2025, beri tumpuan peranan sektor swasta pacu pembangunan tenaga kerja
October 18, 2025, 1:17 pm
102 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR dan WFH sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
October 18, 2025, 11:36 am
Tok siak ditahan disyaki pegang kemaluan remaja 15 tahun ketika tumpang kereta di Bukit Sentosa
October 18, 2025, 5:01 am
'Lebih baik kami ambil jalan masing-masing' - Rafizi tak nampak ruang untuk kembali ke pimpinan PKR
October 17, 2025, 7:33 pm
Bapa, dua anak antara enam dicekup punggah 509kg daun ketum di Kuantan
October 17, 2025, 7:18 pm