TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis tunggu laporan bedah siasat lengkap kes pelajar ditikam di Bandar Utama

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 17 Okt. – Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat sebelum dapat mengesahkan jumlah sebenar kesan tikaman terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan masih dijalankan dan laporan perubatan lengkap diperlukan sebelum sebarang pengesahan dibuat.

“Setakat ini, kita telah merakam keterangan 127 saksi termasuk pelajar, guru, kakitangan sekolah, kaunselor, keluarga mangsa dan suspek.

Polis juga akan mengambil keterangan tambahan sekiranya terdapat saksi lain yang boleh membantu siasatan,” katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, ibu mangsa mendakwa ahli patologi memaklumkan terdapat sekitar 200 kesan tikaman pada tubuh anaknya, namun polis masih menunggu hasil rasmi bedah siasat bagi mengesahkan perkara itu.

Dalam kejadian berkenaan, pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun di kawasan tandas perempuan sekolah tersebut.

Suspek telah ditahan dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan penemuan nota bertulis “Dunia ni palsu. Saya sudah menang”, dipercayai ditulis oleh suspek.

+ - reset