Berita Berita
'Lebih baik kami ambil jalan masing-masing' - Rafizi tak nampak ruang untuk kembali ke pimpinan PKR

KUALA LUMPUR 18 Okt - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli, menegaskan beliau tidak nampak sebarang ruang untuk kembali menyertai barisan pimpinan PKR pada masa akan datang.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau kini bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat sebagai pengundi, serta kepada rakan seperjuangan dalam PKR yang masih memperjuangkan politik bersih dan bebas rasuah, bukannya politik berteraskan “tuan tubuh” atau feudal.
“Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Yang selebihnya, lebih baik PKR, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dan saya ambil jalan masing-masing yang berlainan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Penjelasan itu dibuat susulan ulasan pemerhati politik, Liyana Marzuki, yang menggambarkan seolah-olah Rafizi bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan menentang Anwar, Presiden PKR merangkap Perdana Menteri.
Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, sikap kritikalnya terhadap beberapa aspek tadbir urus kerajaan, terutama membabitkan badan penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak disenangi sesetengah pihak dalam parti.
Beliau turut menegur kemunculan “kroni baharu” dalam PKR yang tiba-tiba menjadi kaya serta berpengaruh dalam kerajaan tanpa sebarang pertanggungjawaban kepada rakyat.
“Tingkah laku mereka dan juak-juak kroni itu tidak ubah seperti yang berlaku semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dahulu.
“Suara-suara saya mengenai perkara ini yang tidak disenangi. Dari situ timbul tuduhan saya tidak pandai bekerja sepasukan atau ada ego,” katanya.
Menurut Rafizi, pelbagai naratif negatif dilemparkan terhadapnya, termasuk tuduhan merajuk, tidak menjaga akar umbi, dan kononnya mencabar Perdana Menteri kerana terlalu ghairah mengejar jawatan.
“Apabila saya letak jawatan dan mengosongkan kerusi empuk kerajaan walaupun ditawarkan jawatan Timbalan Presiden lantikan, versi itu pun mati di situ.
“Sekarang muncul pula versi baru — kononnya saya mencabar Perdana Menteri kerana tidak sabar dalam mengejar cita-cita politik,” ujarnya.
Rafizi menegaskan, beliau tidak mengenali Liyana Marzuki dan tidak pernah bertemu dengannya, namun percaya pandangan yang dikemukakan pemerhati politik itu datang daripada “satu kumpulan” yang rapat dengan Nurul Izzah Anwar.
“Saya harap PKR dan pimpinan baharu cukup-cukuplah melatah setiap kali saya memberi pandangan.
“Apabila nasi sudah jadi bubur, tidak matang untuk berharap saya akan telan bubur itu bulat-bulat seperti yang mereka kehendaki,” katanya.
Berita berkaitan
October 18, 2025, 3:56 pm
36 mangsa tragedi Putra Heights saman Petronas Gas, 4 pihak lain, Tommy Thomas dilantik peguam utama
October 18, 2025, 3:27 pm
Perpaduan dan kebersamaan teras kekuatan negara – Anwar
October 18, 2025, 2:47 pm
Malaysia jadi tuan tumah GSF 2025, beri tumpuan peranan sektor swasta pacu pembangunan tenaga kerja
October 18, 2025, 1:17 pm
102 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR dan WFH sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
October 18, 2025, 11:36 am
Tok siak ditahan disyaki pegang kemaluan remaja 15 tahun ketika tumpang kereta di Bukit Sentosa
October 17, 2025, 7:33 pm
Bapa, dua anak antara enam dicekup punggah 509kg daun ketum di Kuantan
October 17, 2025, 7:18 pm
Pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 kolej kediaman
October 17, 2025, 4:05 pm