Berita Berita
Bapa, dua anak antara enam dicekup punggah 509kg daun ketum di Kuantan

KUANTAN 17 Okt - Polis menahan enam individu termasuk seorang bapa bersama dua anak lelakinya ketika mereka sedang memunggah 509 kilogram daun ketum di sebuah rumah di Jalan Gambang–FELDA Lepar Hilir 1, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2.40 petang itu ialah dua lelaki dipercayai pemandu dan kelindan lori milik sebuah syarikat penghantaran barang.
Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan polis terhadap kegiatan pengedaran daun dan air ketum yang dipercayai didalangi seorang lelaki di kawasan FELDA berkenaan.
“Ketika serbuan dilakukan, semua suspek berusia antara 18 dan 46 tahun sedang memunggah plastik berisi daun ketum daripada lori di pekarangan rumah suspek utama.
“Daun ketum itu dipercayai dibeli dari negeri di utara tanah air dan dihantar menggunakan kenderaan syarikat penghantaran barang,” katanya pada sidang media hari ini.
Ashari berkata, siasatan mendapati kumpulan itu aktif menjual daun dan air ketum secara dalam talian serta terus kepada pelanggan di sekitar Kuantan sejak tiga bulan lalu.
“Pemandu lori terbabit mengaku menerima upah RM1,200 bagi setiap penghantaran, dan sudah empat kali melakukan penghantaran kepada kumpulan sama.
“Nilai rampasan daun ketum dianggarkan RM24,400 dan selepas diproses boleh dijual dengan harga lebih RM52,000,” katanya.
Beliau berkata, polis turut merampas peralatan memproses air ketum termasuk periuk, gas memasak dan dapur.
Katanya, saringan air kencing ke atas semua suspek negatif dadah, dan mereka kini direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
October 18, 2025, 11:36 am
Tok siak ditahan disyaki pegang kemaluan remaja 15 tahun ketika tumpang kereta di Bukit Sentosa
October 18, 2025, 5:01 am
'Lebih baik kami ambil jalan masing-masing' - Rafizi tak nampak ruang untuk kembali ke pimpinan PKR
October 17, 2025, 7:18 pm
Pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 kolej kediaman
October 17, 2025, 4:05 pm
Anwar ingatkan sekolah jangan sembunyi kes buli dan salah laku pelajar
October 17, 2025, 3:57 pm
Polis tunggu laporan bedah siasat lengkap kes pelajar ditikam di Bandar Utama
October 17, 2025, 3:51 pm
16 individu termasuk pegawai bank ditahan SPRM terlibat rasuah pinjaman peribadi
October 17, 2025, 3:45 pm