Berita Berita
Tok siak ditahan disyaki pegang kemaluan remaja 15 tahun ketika tumpang kereta di Bukit Sentosa

SHAH ALAM 18 Okt - Seorang siak masjid berusia 44 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ketika mangsa menumpang keretanya, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 3.41 petang hari sama.
“Siasatan mendapati remaja itu menaiki kereta lelaki warga tempatan berkenaan dari stesen bas Bukit Sentosa ke sebuah masjid untuk bertemu rakannya.
“Remaja itu mengenali suspek sejak Disember tahun lalu ketika menumpang di masjid terbabit,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati suspek yang bekerja di sebuah masjid di Bukit Sentosa telah memegang kemaluan mangsa ketika dalam perjalanan dan turut menghantar mesej berbaur lucah ke telefon bimbit remaja berkenaan.
Susulan laporan itu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menahan suspek di rumahnya di Bukit Sentosa, Rawang, pada jam 12.30 tengah malam kelmarin.
“Semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Suspek kini direman selama tujuh hari hingga Rabu depan bagi membantu siasatan,” jelasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Berita berkaitan
October 18, 2025, 3:56 pm
36 mangsa tragedi Putra Heights saman Petronas Gas, 4 pihak lain, Tommy Thomas dilantik peguam utama
October 18, 2025, 3:27 pm
Perpaduan dan kebersamaan teras kekuatan negara – Anwar
October 18, 2025, 2:47 pm
Malaysia jadi tuan tumah GSF 2025, beri tumpuan peranan sektor swasta pacu pembangunan tenaga kerja
October 18, 2025, 1:17 pm
102 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR dan WFH sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
October 18, 2025, 5:01 am
'Lebih baik kami ambil jalan masing-masing' - Rafizi tak nampak ruang untuk kembali ke pimpinan PKR
October 17, 2025, 7:33 pm
Bapa, dua anak antara enam dicekup punggah 509kg daun ketum di Kuantan
October 17, 2025, 7:18 pm
Pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 kolej kediaman
October 17, 2025, 4:05 pm