Berita Berita
Tiada lockdown di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Fahmi
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Kerajaan menegaskan tiada sebarang lockdown atau penutupan besar-besaran di ibu negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata semua persiapan bagi sidang kemuncak tersebut telah disusun dengan rapi bagi memastikan kelancaran acara dan keselesaan orang ramai.
“Laluan ke ibu kota adalah seperti yang diumumkan. Jika ada penutupan jalan secara berkala atau berjadual, ia akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media hari ini.
Fahmi berkata, hanya laluan utama di sekitar Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) akan ditutup pada 26 Oktober bagi urusan rasmi sidang kemuncak itu.
Beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Timor Leste merupakan antara pemimpin pertama tiba di Malaysia bagi menghadiri mesyuarat tersebut.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 4:24 pm
Penunggang maut langgar belakang lori di Jalan Kempas Lama
October 24, 2025, 2:59 pm
Bayi 11 bulan maut, kereta keluarga terbabas selepas langgar sekumpulan lembu
October 24, 2025, 2:48 pm
Dua pasangan ditahan berkhalwat di hotel, beri alasan ‘berteduh sebab hujan’
October 24, 2025, 2:38 pm
Donald Trump tiba di Malaysia Ahad ini untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 24, 2025, 2:33 pm
Menteri Ekonomi ASEAN dijamu nasi lemak sempena Mesyuarat AECC ke-26
October 24, 2025, 2:27 pm
(VIDEO) Remaja 17 tahun jana RM76,000 jual video lucah dan eksploitasi seksual kanak-kanak – PDRM
October 24, 2025, 2:17 pm
PGA gagalkan cubaan seludup ganja dan beras di Pasir Mas, Tumpat
October 24, 2025, 1:05 pm
