Berita Berita
Bayi 11 bulan maut, kereta keluarga terbabas selepas langgar sekumpulan lembu
BERA 24 Okt. – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya terbabas akibat melanggar sekumpulan lembu di Kilometer 49 Jalan Kerayong–Simpang Kepayang, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir, berkata mangsa, Nur Adriana Amira Mohamad Norismail dari Felda Purun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Bandar 32.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 9.40 malam ketika Perodua Bezza dipandu bapa mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong.
“Sekumpulan lembu tiba-tiba keluar dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan tersebut sebelum kenderaan terbabas ke bahu jalan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Zulkiflee berkata, ibu mangsa berusia 21 tahun yang memangku anaknya di tempat duduk penumpang depan mengalami kecederaan di kepala, manakala pemandu tidak cedera.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat, manakala kenderaan terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 4:24 pm
Penunggang maut langgar belakang lori di Jalan Kempas Lama
October 24, 2025, 4:17 pm
Tiada lockdown di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Fahmi
October 24, 2025, 2:48 pm
Dua pasangan ditahan berkhalwat di hotel, beri alasan ‘berteduh sebab hujan’
October 24, 2025, 2:38 pm
Donald Trump tiba di Malaysia Ahad ini untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 24, 2025, 2:33 pm
Menteri Ekonomi ASEAN dijamu nasi lemak sempena Mesyuarat AECC ke-26
October 24, 2025, 2:27 pm
(VIDEO) Remaja 17 tahun jana RM76,000 jual video lucah dan eksploitasi seksual kanak-kanak – PDRM
October 24, 2025, 2:17 pm
PGA gagalkan cubaan seludup ganja dan beras di Pasir Mas, Tumpat
October 24, 2025, 1:05 pm
