Berita Berita
PGA gagalkan cubaan seludup ganja dan beras di Pasir Mas, Tumpat
PASIR MAS 24 Okt. – Taktik licik penyeludup menyorok 7.05 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM254,000 berhampiran sebatang pokok salak terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) di hadapan sebuah rumah di Kampung Tok Pelanduk, di sini pada Khamis.
Pemangku Komander Briged Tenggara, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju, berkata serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu dijalankan hasil maklumat risikan menerusi Op Taring Wawasan berkaitan kegiatan pengedaran dadah di kawasan tersebut.
“Pemeriksaan mendapati rumah berkenaan kosong dan tidak berpenghuni.
Namun, di luar rumah, anggota menemui satu guni mengandungi bahan disyaki dadah jenis bunga ganja seberat 7.05kg,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata, pihaknya menunggu lima jam di lokasi namun tiada individu tampil menuntut barangan itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 4:24 pm
Penunggang maut langgar belakang lori di Jalan Kempas Lama
October 24, 2025, 4:17 pm
Tiada lockdown di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Fahmi
October 24, 2025, 2:59 pm
Bayi 11 bulan maut, kereta keluarga terbabas selepas langgar sekumpulan lembu
October 24, 2025, 2:48 pm
Dua pasangan ditahan berkhalwat di hotel, beri alasan ‘berteduh sebab hujan’
October 24, 2025, 2:38 pm
Donald Trump tiba di Malaysia Ahad ini untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 24, 2025, 2:33 pm
Menteri Ekonomi ASEAN dijamu nasi lemak sempena Mesyuarat AECC ke-26
October 24, 2025, 2:27 pm
(VIDEO) Remaja 17 tahun jana RM76,000 jual video lucah dan eksploitasi seksual kanak-kanak – PDRM
October 24, 2025, 1:05 pm
