TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Menteri Ekonomi ASEAN dijamu nasi lemak sempena Mesyuarat AECC ke-26

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 24 Okt. – Para Menteri Ekonomi negara ASEAN dihidangkan nasi lemak sempena Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-26 yang berlangsung hari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata hidangan itu disediakan oleh usahawan tempatan, yang juga bekas staf MITI dan kini mengusahakan perniagaan katering.

“Satu hari suntuk padat dengan pelbagai majlis dan mesyuarat. Jadi, untuk sesi pagi, saya belanja semua Menteri Ekonomi ASEAN dengan nasi lemak. Ini bukan sebarang nasi lemak — kita nak sokong usahawan tempatan. Nasi lemak laku keras pagi ini. Sambil mesyuarat, kita boleh bantu usahawan tempatan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa kehadiran pemimpin utama dunia seperti Presiden Amerika Syarikat dan Premier China menjadikan Kuala Lumpur tumpuan komuniti antarabangsa.

“Kuala Lumpur kini menjadi perhatian dunia kerana kehadiran pemimpin ASEAN dan rakan dialog serantau.
Malaysia akan memastikan Mesyuarat AECC dan Sidang Kemuncak ASEAN ini membuahkan hasil signifikan demi kemakmuran serantau,” katanya.

+ - reset