TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua pasangan ditahan berkhalwat di hotel, beri alasan ‘berteduh sebab hujan’

By
|
Kongsi
image

BATU PAHAT 24 Okt. – Dua pasangan ditahan pegawai dan anggota Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah hotel di sini, tengah malam tadi.

Menurut kenyataan JAINJ, pasangan pertama yang masing-masing berusia 20-an ditahan dalam operasi pencegahan maksiat sekitar jam 12.30 tengah malam.

“Sebaik pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian baju-T dan berseluar panjang membuka pintu serta mendakwa berseorangan di bilik terbabit.

Pemeriksaan lanjut mendapati pintu tandas berkunci dari dalam dan apabila dibuka, seorang wanita ditemui menyorok di dalamnya,” katanya.

Pasangan itu memberi alasan hanya ‘check in untuk berteduh kerana hujan’, mendakwa mereka menunggang motosikal tanpa baju hujan dan tidak berniat bermalam di hotel berkenaan.

“Mereka memberitahu sudah saling mengenali sejak di bangku sekolah dan merancang untuk berkahwin,” tambah kenyataan itu.

Dalam serbuan di bilik berasingan, JAINJ turut menahan sepasang kekasih lain, masing-masing berusia 20-an, selepas menemui lelaki berseluar pendek dan wanita lengkap berpakaian sedang berbaring di atas katil.

“Lelaki itu bekerja di daerah ini manakala wanita terbabit tidak bekerja. Mereka mendakwa ke bandar untuk melihat orang bermain mercun dan keluar makan,” kata JAINJ.

Kedua-dua pasangan berkenaan direkodkan keterangan dan akan dakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

+ - reset