Berita Berita
Donald Trump tiba di Malaysia Ahad ini untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
KUALA LUMPUR 24 Okt – Presiden Donald Trump dijadualkan tiba di Malaysia pagi Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, lapor ABC News.
Menurut Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, Trump akan berlepas dari Washington pada jam 11 malam (waktu tempatan) Sabtu dan dijangka menempuh penerbangan panjang sebelum tiba di Kuala Lumpur.
“Trump akan menghadiri pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebelah petang, diikuti Majlis Makan Malam Pemimpin ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan.
Selepas lawatan ke Malaysia, Trump dijadualkan berlepas ke Tokyo pada pagi Isnin bagi mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, sebelum meneruskan perjalanan ke Busan, Korea Selatan untuk bertemu Presiden Lee Jae-myung pada Rabu.
“Beliau juga akan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping pada Khamis sebelum pulang ke Washington,” tambah Leavitt.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 4:24 pm
Penunggang maut langgar belakang lori di Jalan Kempas Lama
October 24, 2025, 4:17 pm
Tiada lockdown di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Fahmi
October 24, 2025, 2:59 pm
Bayi 11 bulan maut, kereta keluarga terbabas selepas langgar sekumpulan lembu
October 24, 2025, 2:48 pm
Dua pasangan ditahan berkhalwat di hotel, beri alasan ‘berteduh sebab hujan’
October 24, 2025, 2:33 pm
Menteri Ekonomi ASEAN dijamu nasi lemak sempena Mesyuarat AECC ke-26
October 24, 2025, 2:27 pm
(VIDEO) Remaja 17 tahun jana RM76,000 jual video lucah dan eksploitasi seksual kanak-kanak – PDRM
October 24, 2025, 2:17 pm
PGA gagalkan cubaan seludup ganja dan beras di Pasir Mas, Tumpat
October 24, 2025, 1:05 pm
