Berita Berita
Penunggang maut langgar belakang lori di Jalan Kempas Lama
JOHOR BAHRU 24 Okt. – Seorang lelaki berusia 48 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori di Jalan Kempas Lama–Seelong, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.55 malam, membabitkan motosikal Yamaha 135LC dan lori Nissan BPR71P.
“Mangsa yang menunggang dari arah Kempas Lama menuju ke Skudai dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang dipandu lelaki berusia 42 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Noor Azlina Abdul Raif di talian 013-2864878 bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 8:28 pm
Hati-hati, semua negeri di utara Semenanjung diramal hujan berterusan hingga esok - MetMalaysia
October 24, 2025, 8:14 pm
Polis buru tuan lembu sebabkan kemalangan ragut nyawa bayi di Bera
October 24, 2025, 7:32 pm
Tiada perubahan garis panduan penyajian arak di dewan sekolah - Fahmi
October 24, 2025, 4:17 pm
Tiada lockdown di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Fahmi
October 24, 2025, 2:59 pm
Bayi 11 bulan maut, kereta keluarga terbabas selepas langgar sekumpulan lembu
October 24, 2025, 2:48 pm
Dua pasangan ditahan berkhalwat di hotel, beri alasan ‘berteduh sebab hujan’
October 24, 2025, 2:38 pm
Donald Trump tiba di Malaysia Ahad ini untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 24, 2025, 2:33 pm
Menteri Ekonomi ASEAN dijamu nasi lemak sempena Mesyuarat AECC ke-26
October 24, 2025, 2:27 pm
