Berita Berita
PM Jepun sempat melawat Tugu Negara, kubur Jepun tanda hormat penuh makna
KUALA LUMPUR 27 Okt – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, menzahirkan penghormatan penuh makna kepada mereka yang terkorban di Malaysia dengan meletakkan jambangan bunga di Tugu Negara dan Tanah Perkuburan Jepun di ibu negara, semalam, sebelum berlepas pulang ke Tokyo.
Dalam hantaran di aplikasi X (sebelum ini Twitter), Takaichi turut dilihat menundukkan kepala sebagai tanda hormat ketika melawat kedua-dua monumen bersejarah itu.
“Saya berasa terharu kerana dapat menzahirkan penghormatan kepada rakyat yang terkorban di Malaysia.
Selepas itu, saya turut melawat Tugu Negara bagi menghormati semangat para askar dan orang awam yang gugur dalam dua peperangan dunia serta perjuangan kemerdekaan Malaysia,” ujarnya.
Tindakan simbolik itu dipercayai merujuk kepada sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, yang meninggalkan kesan mendalam terhadap rakyat tempatan.
Hantaran berkenaan menerima lebih 4 juta tontonan, 170,000 tanda suka dan 16,000 ciapan semula, menzahirkan penghargaan ramai terhadap mesej perpaduan dan perdamaian yang dibawa oleh Takaichi.
Seorang pengguna media sosial turut memuji langkah itu sebagai tindakan diplomatik penuh makna, walaupun disampaikan secara sederhana tanpa sebarang kenyataan besar.
“Lawatan beliau ke dua lokasi bersejarah itu melambangkan hubungan erat antara Malaysia dan Jepun dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan teknologi,” katanya dalam ciapan semula.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati ramai rakyat Malaysia mengimbau kembali kisah lama yang pernah diceritakan oleh nenek moyang mereka tentang zaman penjajahan Jepun.
“Moyang saya antara yang tewas dalam peperangan ini. Tanah Melayu dijajah teruk ketika itu sehingga meninggalkan trauma yang mendalam,” tulis pengguna @Yiensherynn.
“Nenek pun ada cerita terpaksa soroo beras dalam tanah. Semoga yang terkorban maafkan mereka (Jepun),” kata Kasyaf.
“Jangan pernah lupakan sejarah, bukan bermakna berdendam tapi sebagai peringatan dan pengajaran,” komen @BikWaKongsi.
Lawatan Takaichi itu disifatkan sebagai isyarat muhibah dan pengiktirafan terhadap sejarah panjang hubungan Malaysia-Jepun, yang kini semakin kukuh dalam bidang pendidikan, ekonomi dan teknologi.
Berita berkaitan
October 27, 2025, 10:27 pm
Ibu jumpa anak 6 tahun parah dikelar ketika bangun tidur di Parit Raja
October 27, 2025, 4:12 pm
Polis siasat polis selepas video merokok dalam restoran tular
October 27, 2025, 4:05 pm
Dua anggota trafik cedera ketika iring delegasi ASEAN kini stabil – Bukit Aman
October 27, 2025, 3:59 pm
Sambutan keterlaluan terhadap Trump cemar pendirian Malaysia bela Palestin – Muhyiddin
October 27, 2025, 3:20 pm
Pelajar lelaki didakwa cabul rakan sekolah berdepan hukuman dihantar ke Sekolah Henry Gurney
October 27, 2025, 2:20 pm
Guru Matematik didakwa lagi cabul pelajar 14 tahun dalam kelas pendidikan khas
October 27, 2025, 1:53 pm
PGIRM kesal isu pengeluaran bersasar KWSP masih tiada keputusan selepas empat tahun
October 27, 2025, 1:43 pm
