TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua anggota trafik cedera ketika iring delegasi ASEAN kini stabil – Bukit Aman

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Dua anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang terlibat dalam dua kemalangan berasingan ketika menjalankan tugas sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kedua-dua juruiring berkenaan telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital.

“Kedua-dua anggota berkenaan telah dibenarkan pulang dari hospital dan kini berada di rumah masing-masing,” katanya pada Isnin.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, salah seorang anggota cedera selepas motosikal dinaiki melanggar belakang sebuah kereta yang berhenti secara mengejut di Jalan Tun Razak, berhampiran susur keluar ke Jalan Kinabalu.

Ketika kejadian, anggota tersebut sedang mengiringi delegasi Brazil yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Dalam insiden berasingan sehari sebelumnya, seorang lagi juruiring JSPT turut cedera selepas dirempuh sebuah pikap di Kilometer 22.3 susur keluar Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil arah utara, Lebuhraya Elite.

+ - reset