TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ibu jumpa anak 6 tahun parah dikelar ketika bangun tidur di Parit Raja

By
|
Kongsi
image

BATU PAHAT 27 Okt – Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di bahagian leher dalam kejadian di Parit Raja, di sini, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulnuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun pada jam lebih kurang 9 pagi.

“Wanita terbabit memaklumkan pada jam 5.30 pagi, ketika berada di rumahnya di Parit Raja, dia tersedar daripada tidur dan mendapati anak lelakinya berusia enam tahun mengalami kecederaan parah di bahagian leher,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

“Kes masih di peringkat awal dan siasatan lanjut dijalankan bagi menentukan motif kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrulnuar menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan sebarang gambar mangsa atau membuat hantaran di media sosial tanpa pengesahan pihak berkuasa kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

“Orang ramai juga diingatkan bahawa tindakan menularkan gambar mangsa boleh disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

+ - reset