TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat polis selepas video merokok dalam restoran tular

By
|
Kongsi
image

KLUANG 27 Okt – Anggota polis yang dirakam merokok di dalam sebuah restoran di Taman Tasik Indah di sini sedang disiasat selepas video berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil semakan mendapati individu dalam video tersebut merupakan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang. 

“IPD Kluang akan menjalankan siasatan tatatertib ke atas anggota terbabit termasuk dari aspek penyeliaan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang mencemarkan imej pasukan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum itu, tular video berdurasi tujuh saat memaparkan dua anggota beruniform berada di sebuah premis kedai makan di mana salah seorang dilihat merokok.

+ - reset