Berita Berita
Sambutan keterlaluan terhadap Trump cemar pendirian Malaysia bela Palestin – Muhyiddin
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa kecewa dan memandang serius tindakan kerajaan memberikan sambutan yang disifatkan keterlaluan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Menurut beliau, sambutan penuh kemeriahan dan simbolik berlebihan yang diberikan kepada Trump menimbulkan persoalan besar sama ada Malaysia kini menilai maruah diplomatik berdasarkan status tetamu, bukan prinsip kemanusiaan.
“Saya memandang serius sambutan keterlaluan yang diberikan oleh Perdana Menteri ke atas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu ketibaan di KLIA semalam.
“Sambutan penuh kemeriahan, keceriaan dan simbolik yang berlebihan itu menimbulkan persoalan besar apakah Malaysia kini menilai maruah diplomatik berdasarkan status tetamu, bukan prinsip kemanusiaan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata, tindakan kerajaan memberi sambutan meriah kepada Trump ketika rakyat Palestin sedang bermandi darah dan mati kebuluran di Gaza amat tidak wajar serta mencalar imej Malaysia di mata dunia Islam.
“Sambutan sedemikian memberi gambaran seolah-olah Malaysia begitu teruja meraikan kedatangan tokoh yang secara terbuka bersekongkol dengan rejim Zionis Israel melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,” tegasnya.
Tambah beliau, tindakan Perdana Menteri yang turut menari bersama Trump dianggap keterlaluan dan mengguris hati rakyat Malaysia yang bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin.
“Perdana Menteri sering berapi-api mengutuk kekejaman Israel dan konco-konconya. Namun, semangat itu tiba-tiba luntur digantikan dengan senyuman lebar dan sambutan hangat terhadap individu yang menyokong rejim Zionis Israel,” katanya.
Muhyiddin turut menyifatkan Donald Trump sebagai simbol keangkuhan dasar luar Amerika Syarikat yang selama ini melindungi kekejaman rejim Zionis Israel, dan berkata tindakan menyambutnya dengan keghairahan melampau adalah sesuatu yang amat memalukan negara.
Berita berkaitan
October 27, 2025, 10:27 pm
Ibu jumpa anak 6 tahun parah dikelar ketika bangun tidur di Parit Raja
October 27, 2025, 4:12 pm
Polis siasat polis selepas video merokok dalam restoran tular
October 27, 2025, 4:05 pm
Dua anggota trafik cedera ketika iring delegasi ASEAN kini stabil – Bukit Aman
October 27, 2025, 3:20 pm
Pelajar lelaki didakwa cabul rakan sekolah berdepan hukuman dihantar ke Sekolah Henry Gurney
October 27, 2025, 2:20 pm
Guru Matematik didakwa lagi cabul pelajar 14 tahun dalam kelas pendidikan khas
October 27, 2025, 1:53 pm
PGIRM kesal isu pengeluaran bersasar KWSP masih tiada keputusan selepas empat tahun
October 27, 2025, 1:43 pm
Lelaki didakwa pulas tangan ibu, ugut bunuh gara-gara enggan pinjam kereta
October 27, 2025, 1:34 pm
