TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 Okt– Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 325 liter petrol ke Thailand dalam operasi khas dijalankan di Tumpat, Kelantan pada 27 Oktober lalu.

Menurut PGA dalam satu kenyataan, serbuan dijalankan antara 1.45 petang hingga 9.25 malam itu melibatkan tiga lokasi berasingan, iaitu Kampung Simpangan, pengkalan haram Nasir dan pengkalan haram Pok Su Roni.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati sejumlah tong berisi petrol bernilai kira-kira RM845, dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran,” katanya.

Kesemua rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pasir Mas untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

+ - reset