Berita Berita
Budak 11 tahun cedera leher terkena tali di kawasan padang ubah suai di Klang
PELABUHAN KLANG 30 Okt - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di bahagian leher selepas terkena tali yang dipercayai dipasang di kawasan padang berhampiran rumahnya di Taman Kem, di sini, petang Rabu.
Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa, Muhammad Iman Hazri, dikatakan sedang berbasikal bersama rakan-rakan di kawasan padang yang sedang menjalani kerja ubah suai sebelum lehernya terkena tali yang direntang di belakang deretan gerai berhampiran.
Menurut ibu mangsa, Irnawati Sadali, 48, anak bongsunya itu tidak menyedari kewujudan tali berkenaan kerana tiada sebarang tanda amaran atau papan peringatan diletakkan di kawasan tersebut.
“Dekat kawasan padang itu sekarang tengah buat kerja pengubahsuaian. Saya ingatkan kontraktor pasang tali di bahagian depan sahaja, tapi rupa-rupanya ada juga tali direntang di belakang gerai.
Masalahnya, tiada tanda amaran atau papan ‘awas’ dipasang. Budak-budak pun tak tahu kawasan itu bahaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Akibat kejadian itu, Muhammad Iman mengalami luka di leher sebelum dibawa ke klinik berdekatan dan dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.
“Doktor maklumkan luka hanya di bahagian kulit dan tidak sampai ke dalam, tapi minta dipantau selama enam jam untuk pastikan tiada bengkak atau kecederaan urat. Alhamdulillah, suara anak saya juga dalam keadaan baik,” katanya.
Irnawati berkata, pihak kontraktor mengakui memasang tali tersebut dan bersetuju bertanggungjawab atas kejadian itu.
“Dia (kontraktor) sudah mengaku kepada persatuan penduduk memang dia yang pasang tali itu dan akan bertanggungjawab. Tapi saya tetap akan buat laporan polis selepas dapat laporan doktor. Saya nak lindungi anak saya juga kalau nanti pihak pemaju salahkan budak-budak sebab main di situ,” ujarnya.
Irnawati yang juga ibu tunggal berkata, anaknya pulang ke rumah dalam keadaan leher berdarah sambil dibantu rakan-rakannya.
“Dia masih mampu kayuh basikal balik tapi tangan dia pegang leher. Kawan dia bagitahu, baru saya tahu dia terkena tali itu. Kalau kuat sikit sampai urat, saya tak tahu apa akan jadi,” katanya sebak.
Beliau berharap pihak kontraktor dan pihak berkuasa tempatan memastikan aspek keselamatan di kawasan kerja diberi perhatian bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang.
Berita berkaitan
October 30, 2025, 8:54 pm
Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah
October 30, 2025, 8:43 pm
Proton lancar e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia bermula RM59,800
October 30, 2025, 4:21 pm
KPDN Pulau Pinang terima sembilan aduan berkaitan BUDI95 sejak dilancar
October 30, 2025, 2:17 pm
Trump terus puji Malaysia ketika lawatan di Jepun, sebut peranan negara bantu rundingan keamanan
October 30, 2025, 12:38 pm
'MOT hanya pemantau' - Anthony Loke jelaskan Aerotrain KLIA milik sepenuhnya MAHB
October 30, 2025, 12:17 pm
Anwar tegur pembangkang jangan jadi 'lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’
October 30, 2025, 10:22 am
Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus tahun lalu
October 30, 2025, 10:12 am
PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand
October 30, 2025, 10:09 am
