Berita Berita
Anwar tegur pembangkang jangan jadi 'lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’
KUALA LUMPUR 30 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegur segelintir Ahli Parlimen pembangkang yang disifatkan sebagai ‘lebih Hamas daripada Hamas’ dan ‘lebih China daripada China’ apabila mengkritik dasar perdagangan luar negara kerajaan tanpa memahami konteks sebenar.
Anwar berkata, tindakan pembangkang yang menanam kebencian melalui tafsiran sempit terhadap perjanjian perdagangan antarabangsa boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara lain.
Menurutnya, antara yang disalah tafsir termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini.
“Perjanjian perdagangan timbal balas ini sudah dijelaskan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tapi masih ada yang tafsir separuh jalan hingga menimbulkan kekeliruan. Kalau kita ikut tafsiran sesetengah Ahli Parlimen pembangkang, hubungan kita dengan China boleh terjejas,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar menegaskan, semua perjanjian yang dimeterai diteliti secara terperinci bagi memastikan tidak menjejaskan kepentingan negara.
“Kalau unsur nadir bumi (REE) dimonopoli AS, tidak boleh dengan China, itu tidak berlaku.
Masalahnya apabila politik kebencian ini dibiarkan, orang mula percaya perkara yang tidak benar,” ujarnya.
Menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung dakwaan bahawa perjanjian dengan AS boleh menjejaskan kedaulatan negara, Anwar menegaskan, kerajaan tidak menggadaikan maruah Malaysia demi hubungan perdagangan.
Beliau turut menjelaskan bahawa komitmen pembelian bernilai lebih RM1 trilion daripada AS bukan menggunakan dana kerajaan, sebaliknya melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Malaysia Airlines (MAS), Google, dan PETRONAS.
“Bukan saya yang pesan pesawat. Itu keputusan MAS, mereka beli 30 pesawat Airbus dan 30 Boeing. Begitu juga dengan PETRONAS yang import gas asli cecair (LNG) hasil pelaburan cari gali di Kanada.
Sekarang hasilnya besar dan Perdana Menteri Kanada sendiri menyatakan penghargaan kepada Malaysia kerana kejayaan itu,” katanya.
Anwar berkata, semua usaha perdagangan luar negara perlu dilihat sebagai peluang memperkukuh ekonomi negara, bukannya dijadikan modal politik untuk menimbulkan kebencian dan salah faham dalam kalangan rakyat.
Berita berkaitan
October 30, 2025, 8:54 pm
Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah
October 30, 2025, 8:43 pm
Proton lancar e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia bermula RM59,800
October 30, 2025, 4:21 pm
KPDN Pulau Pinang terima sembilan aduan berkaitan BUDI95 sejak dilancar
October 30, 2025, 2:17 pm
Trump terus puji Malaysia ketika lawatan di Jepun, sebut peranan negara bantu rundingan keamanan
October 30, 2025, 12:38 pm
'MOT hanya pemantau' - Anthony Loke jelaskan Aerotrain KLIA milik sepenuhnya MAHB
October 30, 2025, 10:22 am
Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus tahun lalu
October 30, 2025, 10:14 am
Budak 11 tahun cedera leher terkena tali di kawasan padang ubah suai di Klang
October 30, 2025, 10:12 am
PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand
October 30, 2025, 10:09 am
