TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah

By
|
Kongsi
image

KUCHING 30 Okt – Misteri kehilangan seorang perempuan di Tabuan Jaya pada Sabtu lalu terungkai apabila ditemui meninggal di dalam keretanya yang di parkir di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa berusia 24 tahun itu daripada orang awam kira-kira pukul 1.55 petang semalam.

“Si mati dijumpai dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan telah disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Si mati merupakan orang yang dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat, siasatan awal yang dijalankan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803 dan Balai Polis Sekama di talian 082 332522 atau tampil di balai polis berhampiran. 

+ - reset