Berita Berita
Media berhak bertanya apa jua soalan kepada menteri – Fahmi
PUTRAJAYA 31 Okt – Kerajaan menegaskan bahawa pengamal media, termasuk wartawan, berhak mengemukakan apa jua soalan kepada mana-mana menteri dalam menjalankan tugas mereka.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata isu membabitkan reaksi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, terhadap seorang pemberita akhbar tempatan seperti yang tular, telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Apa jua soalan, mereka menjalankan tugas sebagai wartawan.
“Setiap jawapan atau respons yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah, berlandaskan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media serta kerajaan,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Kor Ming mengugut seorang wartawan selepas ditanya mengenai isu penggunaan bahasa Inggeris.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
Kerajaan pertimbang lesen dan pengesahan identiti untuk permainan dalam talian – Fahmi
October 31, 2025, 5:39 pm
Lelaki cuba terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan diberhentikan kerja
October 31, 2025, 4:26 pm
