Berita Berita
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencadangkan agar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dikenakan ‘hukuman rotan’ secara simbolik sebagai pengajaran berhubung kenyataannya yang tular baru-baru ini.
Presiden GPMS, Muhd Fazreen Ismadi Fauz berkata, isu berkenaan tidak wajar diselesaikan hanya dengan pertemuan dan permohonan maaf kerana ia melibatkan penggunaan bahasa kebangsaan serta sensitiviti dalam bidang kewartawanan.
“GPMS mencadangkan agar Menteri KPKT dikenakan ‘hukuman rotan’ secara simbolik sebagai pengajaran moral dan disiplin berbahasa kepada seluruh penjawat awam dan pemimpin negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Cadangan itu dibuat susulan insiden dalam program prapelancaran projek ‘I Lite U’, apabila seorang wartawan bertanya mengapa tema program menggunakan bahasa Inggeris. Kor Ming menjelaskan penggunaan bahasa Inggeris lebih sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa kerana ia merupakan acara pelancongan.
Bagaimanapun, Menteri KPKT itu kemudian dilaporkan berkata beliau akan menghubungi ketua pengarang akhbar berkenaan mengenai soalan tersebut, sehingga mencetuskan kritikan masyarakat.
Menurut Muhd Fazreen, cadangan ‘hukuman rotan’ itu bukan berbentuk fizikal sebaliknya satu teguran rasmi bagi memberikan mesej tegas mengenai kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan.
“Seorang Menteri Kabinet sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada rakyat. Dalam konteks Malaysia yang majmuk, penggunaan Bahasa Melayu bukan isu perkauman tetapi lambang kesetiaan kepada negara dan penghormatan terhadap Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.
Beliau turut menggesa Kor Ming membuat permohonan maaf secara terbuka dan terus komited mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa maruah negara.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
Kerajaan pertimbang lesen dan pengesahan identiti untuk permainan dalam talian – Fahmi
October 31, 2025, 5:39 pm
Lelaki cuba terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan diberhentikan kerja
October 31, 2025, 4:26 pm
Kurang 0.5 peratus kes kemalangan maut berpunca daripada pemandu mabuk - Anthony Loke
October 31, 2025, 4:13 pm
