Berita Berita
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
KUALA LUMPUR 1 Nov - Tingkat atas Menara 3 Petronas dilaporkan terbakar awal pagi tadi, dipercayai membabitkan sebuah restoran yang terletak di bahagian tepi tingkat paling atas bangunan berkenaan.
Menerusi beberapa video tular di media sosial, kelihatan api marak dan kepulan asap tebal keluar dari bahagian atas bangunan ikonik itu, sekali gus menarik perhatian orang ramai di sekitar kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Hassan 'As'ari Omar, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan setakat ini tiada mangsa dilaporkan.
“Beberapa jentera dan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi, dan operasi pemadaman sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi pagi ini.
Sumber turut memaklumkan asap tebal dapat dilihat dari jarak jauh, manakala beberapa pengguna jalan raya sempat merakam kejadian itu dari pelbagai arah sekitar pusat bandar.
Setakat ini, punca kejadian dan tahap kerosakan masih dalam siasatan.
Pihak bomba masih menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi bagi memastikan tiada lagi risiko kebakaran susulan.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 11:10 am
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
Kerajaan pertimbang lesen dan pengesahan identiti untuk permainan dalam talian – Fahmi
October 31, 2025, 5:39 pm
Lelaki cuba terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan diberhentikan kerja
October 31, 2025, 4:26 pm
